Dua ditahan lakukan perbuatan lucah di tanah perkuburan Cina

AKIBAT melakukan perbuatan lucah di sebuah tanah perkuburan di Batu Gantung, Air Itam, Pulau Pinang pada 22 Mac  seorang lelaki berusia 58 tahun dan wanita berumur 37 tahun ditahan polis, semalam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 69 tahun mengenai satu video tular di media sosial yang memaparkan kelakuan tidak senonoh sepasang lelaki dan wanita di tanah perkuburan Cina itu.

Hasil siasatan awal kata beliau menunjukkan ia berlaku pada 22 Mac lepas dengan kedua-dua individu yang terlibat disyaki merupakan warga tempatan.

“Suspek pertama iaitu wanita  ditahan semalam kira-kira 8.35 malam di sebuah flat berhampiran Jalan Padang Tembak, di George Town.

“Suspek kedua pula, lelaki, ditahan hari sama kira-kira 11.10 malam di hadapan sebuah bangunan berhampiran Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas dekat sini,” katanya..

Abdul Rozak berkata kedua-dua suspek berkenaan mengaku terlibat dalam kejadian itu dan direman tiga hari bermula hari ini hingga 26 Mac bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 294(a) dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img