MALBATT laksanakan perlindungan tambahan pastikan keselamatan kem

PANGLIMA Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaimen berkata, langkah perlindungan tambahan diteruskan di semua penempatan MALBATT 850-13 yang menyertai Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Selatan Lubnan MALBATT.

Katanya, ia bertujuan bagi memastikan keselamatan kem sentiasa pada tahap tinggi.

‘’Kita perketatkan dari segi keselamatan, pergerakan, dari segi pertahanan di kem dan pengkalan masing-masing, pergerakan yang sangat terhad kecuali berkeperluan.

“Mereka (anggota) sedar bahaya yang sedang didepani, latihan semua kita sudah buat untuk menghadapi situasi-situasi macam itu,” katanya lapor Buletin TV3.

Pada masa ini kata beliau,  keadaan masih terkawal dan Malaysia yang berperanan sebagai pasukan pengaman kekal berpegang kepada mandat diberikan PBB.

‘’Setakat ini juga, tiada perubahan terhadap status penugasan anggota di kawasan berkenaan, meskipun berlaku insiden yang mengorbankan anggota dari Indonesia baru-baru ini,’’ katanya.

Bagaimanapun, kata Malek Razak, jika  ketegangan di kawasan itu semakin memuncak, keperluan membawa pulang anggota MALBATT 850-13 tertakhluk kepada keputusan kerajaan melalui rundingan Kementerian Luar dengan PBB.

“Bila kita diberi mandat dan ini (operasi) ketenteraan, kita memang terima (apa saja keadaan), kecuali kalau keputusannya nanti PBB arah untuk kita tarik diri,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img