Majlis Ekonomi Jingga akan ditubuhkan segera – Fahmi

KERAJAAN akan menubuhkan segera Majlis Ekonomi Jingga dalam usaha merancakkan lagi industri kreatif yang dilihat berpotensi membantu pertumbuhan ekonomi ketika negara turut berdepan krisis tenaga global.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Kementerian Komunikasi merupakan antara sekretariat dan berperanan dalam membentuk majlis berkenaa.

“Majlis berkenaan akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ada beberapa jawatankuasa yang akan dibentuk dan arahan yang telah diberikan kepada kementerian (Komunikasi) adalah untuk membentuk majlis ini pada kadar segera. Kita jangka pada ketika krisis tenaga global sedang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Johor, di Johor Bharu.

Pada majlis itu Fahmi menyerahkan watikah pelantikan kepada 26 Pengerusi Panel Penasihat NADI Negeri Johor merangkumi kawasan di setiap Parlimen.

Sektor ekonomi jingga, merangkumi industri kreatif seperti filem, muzik dan animasi, menyumbang 6.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024.

Fahmi berkata industri itu juga dilihat mampu diperkasakan menerusi NADI yang menyediakan prasarana dan kemudahan dengan Internet berkelajuan tinggi.

Mengenai NADI, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, setakat ini terdapat sebanyak 1,098 NADI di seluruh Malaysia dengan jumlah keahlian mencecah 1.9 juta orang, dengan Johor mencatatkan 101 NADI melibatkan 200,000 keahlian.

‘’Sebuah lagi NADI di Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah pula dijangka siap dalam dua atau tiga bulan ini,’’ katanya.

Terdahulu, Pelantikan itu dijangka meningkatkan penglibatan pemimpin tempatan dan komuniti, memperkukuh penyelarasan program serta memastikan pelaksanaan inisiatif NADI menepati keperluan komuniti setempat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img