Dua beradik cedera dirempuh kereta ketika melintas

DUA beradik yang sedang melintas jalan cedera akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Paya Terubung berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) SJKC Aik Hua, Georgetown malam Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, mangsa seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dan adik lelakinya berusia 12 tahun dipercayai sedang melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.05 tengah hari Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 37 tahun itu telah melanggar kedua-dua mangsa ketika mereka berada di laluan berkenaan.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Swee Sake, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, Swee Sake meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Lim Zhao Yong di talian 011-1907 8888.

Kerjasama orang ramai amat dialu-alukan bagi membantu siasatan lanjut, katanya.

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img