Lelaki ditahan guna e-hailing edar syabu

RUTIN rondaan cegah jenayah pada Jumaat lalu membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang dipercayai bertindak sebagai penghantar dadah menggunakan perkhidmatan e-hailing dalam serbuan di Jalan Kukup, Kampung Penerok, di Pontian.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, suspek lelaki berusia 36 tahun yang juga penganggur ditahan bersama seorang pemandu e-hailing wanita berusia 43 tahun ketika berada di dalam kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hadzrat Hussien Mion berkata, hasil pemeriksaan menemukan 1,528 gram kristal methamphetamine atau syabu bernilai RM69,080 yang disembunyikan di dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek lelaki bertindak sebagai penghantar berbayar dengan menerima upah RM1,000 bagi setiap perjalanan bagi mengambil dan menghantar dadah menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Polis percaya bekalan dadah itu diperoleh daripada seorang lelaki berpangkalan di Kuala Lumpur yang disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah ke negara jiran.

“Suspek mendakwa mengenali individu berkenaan ketika mereka berkongsi sel di Penjara Simpang Renggam pada 2020,” katanya.

Beliau berkata, suspek menerima arahan melalui telefon sebelum mengambil dadah dari sebuah kereta yang ditinggalkan di petak parkir berhampiran kawasan komersial di Perling, Johor Bahru, sebelum mengatur penghantaran menggunakan e-hailing.

Menurutnya, pemandu wanita terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dipanggil semula bagi membantu siasatan.

Semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Suspek kini direman selama tujuh hari, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img