PM minta hentikan kontroversi minyak diesel milik Vitol ke Filipina

DATUK  Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa  kontroversi berhubung dakwaan pembekalan diesel kepada Filipina dihentikan kerana perkara tersebut tidak benar.

Perdana Menteri berkata,  syarikat yang membekalkan bahan api kepada negara berkenaan bukannya Petronasi tetapi  syarikat perdagangan komoditi global  iaitu Vitol.

“Vitol memang ada perjanjian bawa minyak jual ke Filipina. Bukan kita (Petronas) bagi (bekal) kepada Filipina. Tetapi kita tidak menahan. Kita bagi laluan. Minyak (milik) orang dalam perjanjian asing.

“Saya harap hentikanlah kontroversi ini, dan tumpukan untuk bangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra MADANI bersama pelajar tahfiz negeri di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Semalam, media melaporkan Petronas menafikan terbabit dalam laporan penghantaran bekalan diesel dari Malaysia ke Filipina.

Syarikat minyak nasional itu dalam kenyataan dilaporkan berkata pihaknya tidak pernah memasuki sebarang perjanjian berhubung perkara tersebut dengan mana-mana pihak di Filipina.

Isu itu menjadi panas apabila beberapa pihak sengaja menyebarkan tohmahan kononnya minyak tersebut berasal dari Malaysia.

Malah ada yang mengecam kerajaan kerana dituduh b

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img