SPRM tahan pegawai,anggota polis minta,terima rasuah RM10,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman pegawai dan anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000.

Perintah reman selama lima hari sehingga 17 April terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Arunjothy M Selvaraju, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Menurut sumber, perbuatan itu didakwa sebagai balasan untuk melepaskan empat orang pekerja rumah urut, yang disyaki menggunakan pas lawatan sosial, bagi tujuan pekerjaan.

‘’Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an telah ditahan kira-kira jam 11 malam semalam dan 5 pagi , sekitar ibu negara dan juga di Pejabat SPRM Kuala Lumpur. Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu semalam (12 April 2026).

“Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai berjumlah kira-kira RM7,000 pada pagi semalam, manakala baki sebanyak RM3,000 telah diserahkan pada malam hari yang sama, sebelum mereka ditahan oleh pihak SPRM,” kata sumber itu.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img