Dua maut lori muatan ayam terbalik

DUA lelaki maut selepas lori membawa muatan ayam terbabas sebelum terbalik di Kilometer 194.7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Sitiawan, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik di bahu jalan.

“Dua mangsa lelaki tercampak keluar dari kenderaan dan tersepit di tepi lori berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, seorang mangsa adalah lelaki tempatan berusia 45 tahun manakala seorang lagi warga Vietnam dipercayai berusia lingkungan 30-an.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Tambahnya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera bomba terbabit dalam operasi menyelamat.

“Operasi dikawal pada jam 11.10 pagi dan tamat sepenuhnya pada 11.32 pagi,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img