Pelajar terjejas kebakaran SMU (A) Darul Ulum Al Muhammadiah terima bantuan RM250

YAYASAN Kelantan Darulnaim menyalurkan sumbangan kebajikan sebanyak RM250 kepada setiap pelajar yang terjejas dalam kebakaran asrama Sekolah Menengah Ugama (SMU) (A) Darul Ulum Al Muhammadiah di Bachok pada Ahad lalu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban pelajar dan membantu memenuhi keperluan segera mereka.

“Takziah diucapkan kepada keluarga pelajar, pihak guru dan pentadbir sekolah atas kejadian itu. Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan serius, sekali gus disyukuri semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tiga blok bangunan sekolah berkenaan terbakar, membabitkan struktur kekal dengan satu daripadanya musnah hampir sepenuhnya.

Sekolah yang ditubuhkan pada 1990 itu mempunyai 251 pelajar, dengan 112 daripadanya menetap di asrama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut mengarahkan Kementerian Pendidikan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) serta agensi berkaitan untuk menyegerakan bantuan susulan kebakaran sekolah tersebut.

Menerusi hantaran dalam laman Facebook, Perdana Menteri berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan pelajar dan kelancaran pembelajaran yang terjejas.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img