FOKUS SABTU
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengadakan pakatan jahat dengan penjenayah antarabangsa Benjamin Netanyahu meyerang Iran, terus melakukan pembohongan dan berhalusasi berkaitan rundingan dengan Iran.
Trump dalam hantaran di platform Truth Social mendakwa bahawa Amerika Syarikat akan memperoleh semua “debu nuklear” yang dihasilkan oleh pengeboman menggunakan pesawat pengebom B-2, merujuk kepada uranium diperkaya yang didakwa tertimbus akibat serangan AS tahun lalu.

Bagaimanapun pembohongan Trump yang dianggap Presiden AS paling buruk dalam sejarah 260 tahun negara itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Iran dengan menegaskan uranium diperkaya negara itu tidak akan dipindahkan ke mana-mana pihak, termasuk Amerika Syarikat.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, berkata pemindahan uranium tidak pernah menjadi pilihan dalam rundingan, sambil menegaskan bahawa bahan tersebut mempunyai kepentingan setara dengan kedaulatan wilayah Iran.
“Sebagaimana tanah Iran adalah suci, uranium diperkaya juga mempunyai nilai yang sama,” katanya lapor Tasnim News Agency.
Beliau turut menegaskan bahawa cadangan untuk memindahkan uranium ke Amerika Syarikat tidak pernah dibangkitkan dalam sebarang rundingan.
Baqaei menjelaskan bahawa rundingan terkini lebih tertumpu kepada usaha menyelesaikan konflik yang sedang berlangsung, bukannya berkaitan pemulihan atau pemindahan uranium Iran.
Dalam perkembangan berkaitan, Baghaei turut menegaskan bahawa status Selat Hormuz tidak ditentukan oleh perbincangan di media sosial, sebaliknya oleh keputusan di lapangan yang berada di bawah kawalan Iran.
Beliau menjelaskan bahawa selepas pelaksanaan gencatan senjata, Iran membenarkan pergerakan kapal bukan tentera melalui selat berkenaan, namun tertakluk kepada penilaian pihak berkuasa berkaitan.
Pada masa sama, beliau memberi amaran bahawa sebarang tindakan yang disifatkan sebagai sekatan laut akan menerima reaksi sewajarnya daripada Iran.
“Sekatan laut merupakan pelanggaran terhadap gencatan senjata dan Iran akan mengambil langkah yang perlu,” katanya.
Mengulas rundingan semasa, Baghaei berkata Iran hanya akan menghampiri persetujuan sekiranya kepentingan negara dipenuhi sepenuhnya, termasuk isu penarikan sekatan dan pampasan terhadap kerugian yang dialami.
Beliau turut menegaskan bahawa pendirian Iran dalam semua aspek rundingan adalah jelas dan tidak mempunyai sebarang kekaburan.
SEMENTARA itu Spekaer Majlis Syura Islam dan Ketua Rundingan Iran-AS, Mohammad Bagher Qalibaf dalam akaun Twitternya mengenai perincian tepat rundingan menulis: dakwaan Trump adalah palsu.
Katanya, dengan pembohongan Trump, AS tidak menang dalam perang dan pasti dalam rundingan juga tidak akan mencapai apa-apa hasil.
‘’Dengan berterusannya sekatan, Selat Hormuz tidak akan kekal terbuka. Pergerakan keluar masuk di selat itu akan dilakukan berdasarkan “laluan yang ditetapkan” dan dengan “kebenaran Iran”.
‘’Terbuka atau tertutupnya selat serta peraturannya ditentukan oleh keadaan di lapangan, bukan oleh media sosial. Perang media dan kejuruteraan pemikiran adalah sebahagian penting daripada peperangan dan rakyat Iran tidak akan terpengaruh dengan helah ini,’’ tegas beliau.
Melalui kenyataan dua pemimpin Iran ini terbukti Trump yang dianggap ‘orang suruhan’ Netanyahu terus mengalami kecelaruan fikiran. Ada ketikanya Trump bagaikan terlupa bahawa beliau ada Presiden AS.
Walaupun sebelum ini ada Presiden AS yang berbohong atau penuh keangkuhan namun ia tidaklah seteruk Trump.
Presiden AS itu yang terlibat dalam skandal fail Epsteine bagaikan tidak keruan dalam berhadapan dengan tindak balas Iran. Beliau terlalu tunduk kepada kehendak Netanyahu.
Atas sebab itulah keputusan beliau sering berubah-ubah dan tidak tetap. Paling buruk beliau sanggup berbohong dan menipu jutaan rakyat AS yang cerdik pandai kononnya AS menang perang dengan Iran, beliau berkhayal AS akan kuasai Selat Hormuz dan beliau berhalusasi bahawa uranium Iran akan jadi milik AS.
Sementara rakyat AS bernasib malang mempunyai Presiden seperti Trump, Trilion dolar dihabiskan untuk Israel, beribu-ribu rakyat AS dikerah pertahankan rejim Zionis manakala dunia pula kelam kabut kerana salah sebuah negara kuasa dipimpin ‘pak turut’ sepert Trump.


