JIM Kedah tahan 10 warga asing tanpa dokumen sah

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 10 warga asing dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di daerah Kuala Muda dan Kubang Pasu, semalam.

Operasi yang dijalankan Unit Tindakan Imigresen itu melibatkan pelaksanaan Ops Gegar, Ops Mahir, Ops Dandan, Ops Minyak dan Ops Sapu dengan kekuatan seramai 16 pegawai.

JIM dalam kenyataan berkata, sebanyak enam premis termasuk cuci kereta, kedai gunting rambut, kedai basikal dan hotel bajet diperiksa, membabitkan 30 individu pelbagai warganegara.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan 10 warga asing terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita berusia antara 18 hingga 49 tahun.

“Tangkapan membabitkan warga Myanmar, India, Bangladesh, Thailand dan Indonesia,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

Dalam operasi itu, tiga Borang IMM.29 turut dikeluarkan kepada saksi bagi membantu siasatan lanjut.

Kesemua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Belantik untuk tindakan selanjutnya.

JIM Kedah menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img