Demi maruah MIPP tidak sertai PRN Melaka, tak mahu kejar kerusi tak relevan

JIKA sebelum ini Barisan Nasional (BN) berhadapan bantahan dengan MCA berhubung pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kini Perikatan Nasional (PN) pula berhadapan dengan isu yang sama.

Ia berikutan keputusan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) tidak akan menyertai pilihan raya itu selepas gagal mencapai persetujuan dengan kepimpinan PN yang kini didominasi oleh Pas dan anggota oleh Gerakan,MIPP, Pejuang dan Bersatu.

Ketika MCA berjaya dipujuk oleh kepimpinan supaya tidak menarik diri, PN pula mungkin tidak akan berbuat demikian apatah lagi apabila Presiden MIPP, P Punithan, berkata parti itu tidak akan menggadaikan prinsipnya semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 14 November ini.

Bercakap kepada FMT, Punithan berkata, perjuangan MIPP adalah mempertahankan kepentingan masyarakat India dengan penuh bermaruah dan prinsip, selain suara serta kepentingan masyarakat itu wajar mendapat pengiktirafan dan diwakili dalam landskap politik negara.

“Kerusi boleh dicari, tetapi maruah perjuangan kita tidak boleh sesekali dikorbankan. Bagi MIPP, maruah dan prinsip lebih penting daripada mengejar kerusi tidak relevan. Kami tidak akan mengorbankan prinsip demi kepentingan politik semata-mata.

“MIPP bukan parti yang akan berkompromi hanya untuk menjadi calon.”

Punithan berkata, kerjasama berpasukan, sikap saling menghormati serta keterangkuman adalah elemen penting dalam mana-mana gabungan politik, di mana pakatan yang kuat mesti dibina atas dasar kepercayaan dan sedia menghormati kepentingan setiap parti komponen.

Bagaimanapun dalam kenyataan itu beliau tidak menyatakan apakah yang menyebabkan mereka menarik diri. Adakah disebabkan tidak diberi kerusi? Atau tidak mendapat kerusi yang sesuai dengan parti itu.

Sebelum ini MIPP membuat penampilan sulung parti itu pada PRN Johor tahun ini tetapi semua lima calonnya hilang wang deposit.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here