Mayat lelaki dibunuh ditemukan tersangkut di anak sungai Kampung Pulai Gua Musang

Mayat seorang lelaki warga Thailand ditemui dengan kesan tetakan dan luka di beberapa bahagian badan, di anak sungai berhampiran kebun getah di Kampung Pulai di Gua Musang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang telah menerima panggilan telefon daripada orang awam, berhubung penemuan mayat berkenaan pada 2 petang.

Katanya, pemeriksaan pada tubuh mangsa menemukan pelbagai kesan tetakan dan luka dipercayai akibat senjata tajam pada bahagian kepala, muka, leher, tangan dan kaki.

Sik berkata mayat lelaki itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut dan motif pembunuhan masih dalam siasatan pihak polis.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian berkenaan supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau mereka juga boleh menghubungi Balai Polis Gua Musang secara terus melalui talian 09-9121222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img