Syarikat swasta diminta pertimbang laksana BDR untuk tangani kos sara hidup, subsidi bahan api

PENINGKATAN ketara dalam kos subsidi petrol yang kini mencecah hampir RM4 bilion sebulan berbanding kira-kira RM700 juta sebelum ini menuntut pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) dan model hybrid dilaksanakan.

Sehubungan itu Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R.Ramanan berkata, syarikat swasta perlu mempertimbangkan pendekatan itu sebagai langkah segera menangani peningkatan kos sara hidup dan subsidi bahan api.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan majikan, khususnya dalam sektor swasta untuk mengamalkannya mengikut kesesuaian keperluan operasi masing-masing.

“Jika dilihat sekarang, banyak syarikat gergasi dan multinasional telah mengamalkan praktis ini, begitu juga kebanyakan institusi perbankan. Jadi kita harap lebih banyak syarikat swasta dapat mengikut saranan ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Vetri MADANI di sini hari ini.

Mengenai insentif kepada syarikat yang melaksanakan BDR, beliau berkata, perkara itu boleh dipertimbangkan bagaimanapun ia memerlukan sedikit masa sebelum keputusan dibuat..

“Buat masa ini, kita berada dalam situasi krisis global dan keutamaan adalah memastikan perbelanjaan dibuat secara berhemat. Kerajaan juga sedang berusaha melakukan penjimatan sebaik mungkin,” katanya.

Menyentuh mengenai Karnival Vetri MADANI, beliau berkata penganjuran program itu bertujuan meningkatkan taraf hidup melalui kemahiran, khususnya dalam kalangan komuniti India di negara ini.

Beliau berkata program berkenaan menyediakan pelbagai inisiatif termasuk latihan kemahiran kecerdasan buatan (AI) dan jentera, peluang pekerjaan serta akses kepada maklumat berkaitan bantuan dan program kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img