Trump, isteri terselamat dalam insiden tembakan majlis makan malam

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Wanita Pertama AS, Melania Trump disahkan selamat selepas insiden tembakan yang berlaku semasa majlis makan malam koresponden Rumah Putih.

Perkara itu dimaklumkan Perkhidmatan Rahsia AS dalam satu kenyataan.

Agensi itu memaklumkan seorang individu telah ditahan dan insiden berkenaan berlaku berhampiran kawasan utama pemeriksaan keselamatan acara berkenaan.

Sementara itu Trump di platform Truth Social memaklumkan, beliau akan mengadakan sidang media di bilik taklimat Rumah Putih kira-kira jam 10 malam waktu tempatan berhubung insiden berkenaan.

Beliau berkata, semua individu dalam pentadbiran AS yang berada di lokasi dalam keadaan baik dan selamat.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai motif kejadian atau identiti suspek didedahkan.

Terdahulu insiden tembakan itu, mencetuskan panik dengan tetamu kelihatan
berlindung di bawah meja.

Insiden itu berlaku ketika majlis makan malam koresponden Rumah Putih sedang berlangsung  dan sebelum Trump dijadualkan berucap.

Pasukan taktikal bersenjata kemudian dikerahkan ke pentas utama
yang menempatkan Trump, sebelum beliau dibawa keluar dari lokasi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img