Pemandu maut, jentera berat dipandu terbabas jatuh kolam sisa sawit

SEORANG pemandu maut selepas kenderaan berat dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam kolam buangan sisa di sebuah kilang sawit di Kampung Tersang di Raub malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Mohamad Syariffudin Jemain, 37, dari Perumahan Batu Talam dilaporkan tersepit dalam kenderaan itu serta lemas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

ALLAHYARHAM Mohamad Syariffudin Jemain

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika mangsa mengendalikan jentera penyodok (shovel)  itu dalam kawasan kilang kelapa sawit berkenaan.

Menurutnya, semasa melakukan pergerakan mengundur, jentera tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan terjunam ke dalam kolam berhampiran.

KEADAAN jentera penolak (shovel) yang terbabas jatuh dalam kolam sisa buangan buah kelapa sawit sebuah kilang di Kampung Tersang, Raub malam tadi. Pemandu kenderaan itu maut. GAMBAR: JBPM Raub

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit dan lemas. Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mohd Shahril berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk proses bedah siasat.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian.

Menurutnya, anggota yang tiba mendapati jentera berat jenis shovel telah terjunam ke dalam kolam buangan sisa sawit berkeluasan 30 X 50 kaki persegi (9.14 meter x 15.2 meter persegi) dengan kedalaman kira-kira 4.5 meter.

” Semasa bomba tiba, mangsa telah dikeluarkan dari kolam oleh pekerja kilang. Pasukan bomba mula operasi dengan membuat pemeriksaan di lokasi untuk memastikan keadaan sekeliling selamat,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img