Lelaki pukul isteri hingga keguguran pernah dicari polis sejak 2021

SEORANG lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga mengalami keguguran Khamis lalu dipercayai pernah dikesan polis bagi membantu siasatan kes jenayah pada 2021.

Berdasarkan rekod terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (IPD) Johor Bahru Selatan pernah mengesan lelaki itu sebagai saksi dalam siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan berkaitan kes mendatangkan kecederaan parah.

Dalam kenyataan media bertarikh 18 Mei 2021, Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan memaklumkan individu terbabit ketika itu berusia 38 tahun, bekerja sebagai peniaga dan beralamat terakhir di Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar.

Menurut sumber keluarga mangsa, lelaki yang memukul isterinya dalam kejadian terbaru dipercayai individu sama yang pernah dicari polis sebelum ini.

Perkara itu dikenal pasti selepas keluarga meneliti dokumen MyKad serta surat nikah pasangan berkenaan.

Dalam kejadian terbaharu, mangsa berusia 39 tahun yang juga seorang jururawat dilaporkan mengalami kecederaan serius termasuk patah di beberapa bahagian badan akibat dipukul suaminya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img