Lelaki disyaki pukul isteri hingga keguguran ditahan

POLIS Kedah menahan seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga menyebabkan mangsa mengalami keguguran dalam kejadian Khamis lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis di sekitar Alor Setar, hari ini.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani pagi esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

“Polis baru sahaja menahan suspek hari ini dan permohonan reman akan dibuat esok.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, satu sidang media berkaitan penahanan suspek akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah esok bagi memaklumkan perkembangan lanjut kes berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang juga penjawat awam cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img