Dijangka tiada PRN di Negeri Sembilan – Anwar

PERDANA  Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka tidak diadakan di Negeri Sembilan walaupun negeri tersebut sedang dilanda kemelut politik.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, perkara itu bergantung kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan persidangan DUN.

“Kemungkinan besar tidak. (tapi) Ia terpulang kepada Tuanku, dan sudah tentu persidangan DUN,” katanya selepas mesyuarat tertutup dengan kepimpinan tertinggi Huawei, yang diadakan sempena pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei, Kuala Lumpur.

Politik Negeri Sembilan bergolak hari ini apabila Barisan Nasional (BN) yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat membuat keputusan menarik sokongan kepada Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar.

Malam ini, BN yang memiliki 14 kerusi DUN mengumumkan ada majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila Perikatan Nasional (PN) yang menguasai lima kerusi DUN sedia bekerjasama.

PH dan BN bertanding pada PRN Negeri Sembilan 2023 sebagai sekutu, dengan PH memenangi 17 kerusi dan BN 14 kerusi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img