Bekas polis menyamar anggota, didakwa curi rokok

SEORANG bekas anggota polis yang menyamar sebagai penjawat awam bagi mencuri rokok di sebuah kedai serbaneka di Senggarang, Batu Pahat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yong Peng, hari ini.

Tertuduh, Airullah Fazlemoula, 45, yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan curi dalam bangunan, didakwa di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menyamar sebagai penjawat awam iaitu anggota polis mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, lelaki yang masih bujang itu turut didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri sekotak rokok.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ismail, Senggarang kira-kira jam 11.10 malam pada 21 April lalu.

Berdasarkan fakta kes, pekerja kedai membuat laporan polis selepas didatangi tertuduh yang memakai uniform polis dan meminta sekotak rokok. Namun, apabila diminta membuat bayaran, tertuduh memaklumkan rakannya akan membayar kemudian.

Apabila diminta sekali lagi, tertuduh mengeluarkan kata-kata “pesan kat bos, hormat sikit uniform ini” sebelum beredar menaiki kereta.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan polis di sebuah rumah di Jalan Benut, Senggarang kira-kira jam 4.25 pagi keesokannya.

Selepas pengakuan bersalah direkodkan, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatrik di Hospital Permai Johor Bahru pada 25 Mei ini sebelum hukuman dijatuhkan selaras Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img