UMNO Negeri Sembilan gesa adakan sidang DUN selesai kemelut politik

UMNO Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar semalam menegaskan krisis politik yang berlaku perlu diputuskan melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sehubungan itu Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, sidang itu perlu diadakan secepat mungkin kerana berpendapat jika sekiranya  ditangguh dalam tempoh enam bulan seperti dimaklumkan, ia dikhuatiri akan mewujudkan ketidaktentuan dalam pentadbiran kerajaan negeri serta membuka ruang kepada pelbagai masalah baharu.

“Jika mereka bertahan sehingga enam bulan, kerajaan akan diurus dalam keadaan tidak stabil dan pelbagai masalah akan timbul. Sidang DUN khas mesti dipanggil untuk memutuskan segala krisis politik yang berlaku demi kestabilan dan kepentingan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di Seremban.

Kemelut politik di Negeri Sembilan tercetus apabila 14 ADUN Barisan Nasional (BN) termasuk Jalaludin menarik sokongan terhadap Aminuddin dan mendakwa mereka mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan melalui sokongan Perikatan Nasional (PN).

Jalaluddin seterusnya berkata, jika persidangan DUN tidak diadakan dalam masa terdekat, ia boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri serta memberi kesan kepada kelancaran urusan dasar kerajaan.

‘’Speaker DUN perlu mengambil tindakan segera mengadakan sidang DUN khas bagi membincangkan serta memutuskan langkah penyelesaian terhadap krisis politik yang sedang berlaku.

“Langkah itu dilihat sebagai satu-satunya pilihan bagi mengembalikan keadaan kepada landasan biasa serta memastikan pentadbiran negeri dapat berjalan dengan lebih stabil. Pada pandangan saya, Sidang Khas Dewan mesti dipanggil dalam masa terdekat, kita tiada pilihan kedua,” tegasnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img