Pemandu lori ditahan, 100 biri-biri dan dokumen disyaki palsu dirampas

PASUKAN Gerakan Am (PGA) menahan seorang pemandu lori serta merampas 100 ekor biri-biri dalam satu sekatan jalan raya di Pengkalan Kubor, Tumpat, malam kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 11 malam oleh Batalion 9 menerusi Op Taring Wawasan itu dilakukan selepas pihak berkuasa menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil pemeriksaan menemukan ternakan terbabit bersama dokumen yang meragukan.

“Selain merampas biri-biri dan menahan pemandu lori berusia 44 tahun, kita turut menemui surat kebenaran memindahkan ternakan yang dikeluarkan Jabatan Veterinar yang disyaki palsu.

“Pada masa sama, nombor ‘seal’ pada lori tidak sepadan dengan invois yang dikemukakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dan ternakan itu dianggarkan mencecah RM270,000.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dijanjikan upah RM250 untuk menghantar biri-biri berkenaan ke Johor.

Beliau berkata, pemandu lori turut mendakwa ini adalah kali pertama membawa muatan biri-biri sepanjang 20 tahun bekerja sebagai pemandu lori.

“Lelaki terbabit memaklumkan bekalan biri-biri itu diambil dari kandang Pok Teh, Pengkalan Kubor dan tidak menyedari kesalahan pada nombor seal,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1954 dan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img