CO-op Bank Pertama (CBP) komited menghargai para pelanggannya apabila melancarkan dua kempen bonanza iaitu Kempen Fee Based Bonanza 2026 dan Kempen Ar Rahnu Golden Bonanza.
Kedua-dua kempen ini menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk kereta eletrik, pakej percutian, motosikal, wafer emas seberat 20 gram serta pelbagai lagi hadiah menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, Kempen Fee Based Bonanza 2026 bermula pada 1 April 2026 sehingga 31 Mac 2027 dan terbuka kepada pelanggan yang melanggan produk perancangan kewangan CBP.
“Kempen ini menawarkan pelbagai hadiah lumayan seperti Proton e.MAS 5, pakej percutian, motosikal dan lain-lain lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, kata beliau, bagi Kempen Ar-Rahnu Golden Bonanza pula, ia bermula dari 1 April 2026 sehingga 30 Jun 2026 menawarkan peluang kepada pelanggan yang melanggan produk Ar Rahnu Flexi untuk memenangi wafer emas seberat 20 gram, 10 gram dan satu gram.
Khairil Anuar berkata, kedua-dua kempen ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk pelanggan baharu dan sedia ada, dengan jumlah pembiayaan minimum RM10,000.
“Kedua-dua kempen ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan serta meningkatkan kesedaran terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
“CBP akan sentiasa mengutamakan pelanggan, dan berharap melalui kempen ini kami dapat memberikan ganjaran kepada pelanggan setia serta menarik minat pelanggan baharu.
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai kedua-dua kempen ini menerusi semua media sosial rasmi CBP dan juga laman web CBP,” katanya.


