Individu bakar mercun ketika sesi fotografi pengantin diburu

POLIS sedang mengesan sekumpulan individu yang membakar mercun pada awal pagi, ketika sesi fotografi pengantin sehingga mengganggu ketenteraman awam di Setia Alam, pada Ahad lalu.

Kejadian itu tular dalam media sosial yang memaparkan aktiviti pembakaran mercun secara berulang di kawasan parkir awam di Setia Alam Community Trail.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, polis menerima laporan pada jam 8.26 pagi ini selepas video tular itu mendapat perhatian orang ramai.

“Siasatan awal mendapati kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1.05 pagi, Ahad lalu dengan dianggarkan antara 50 hingga 100 das mercun yang dilepaskan dalam tiga siri berturut-turut.

“Aktiviti sama dipercayai berulang pada keesokan harinya, sekitar jam 2.11 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ramsay, usaha mengesan individu terlibat sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda atau tindakan undang-undang sewajarnya.

“Kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 019-252 2905 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img