Lelaki ada 13 rekod lampau ditahan langgar kenderaan polis di Tanah Merah

POLIS menahan seorang lelaki yang memiliki 13 rekod jenayah lampau selepas dia melanggar kenderaan pasukan itu beberapa kali dengan mencari mengundurkan kenderaannya di Tanah Merah, semalam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, dalam kejadian pada jam 5.57 petang di Jalan Masjid Tok Che Dol itu, pihak polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan lelaki terbabit.

Beliau berkata,  kejadian bermula apabila sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan sebelum suspek memecut kenderaannya.

“Polis terus mengejar kenderaan itu sehingga ke kawasan sawah sebelum suspek secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan dan bertindak agresif dengan mengundurkannya pada kelajuan tinggi sehingga melanggar bahagian hadapan kenderaan polis.

“Walaupun diarahkan keluar, suspek enggan memberi kerjasama dan terus cuba melanggar anggota dengan mengundurkan kenderaan beberapa kali,” katanya

Mohd Haki berkata,, bagi mempertahankan diri, pegawai serbuan mengarahkan seorang anggota melepaskan tembakan ke arah tayar belakang kenderaan suspek.

Katanya, tembakan pertama mengenai tayar kanan belakang, diikuti tembakan kedua mengenai tayar kiri belakang selepas suspek enggan memberhentikan kenderaan.

“Suspek akhirnya berjaya ditahan tanpa sebarang kecederaan dan sebuah kenderaan dirampas. Semakan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img