Lelaki langgar 12 kenderaan ketika dikejar polis direman 4 hari

SEORANG lelaki berusia 29 tahun direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Georgetown bagi membantu siasatan berhubung kejadian melanggar 12 kenderaan ketika cuba melarikan diri daripada polis, Khamis lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Shyahirah Abdul Salim bermula hari ini hingga 7 Mei bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, suspek yang tidak bekerja itu ditahan di sebuah rumah di Gelugor pada jam 8.30 malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, anggota kereta peronda polis (MPV) mengesan sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tanjung Bungah.

Suspek diarahkan berhenti, namun bertindak memecut kenderaan dan melarikan diri dari Jalan Tanjung Bungah ke arah Bayan Baru.

Sepanjang kira-kira 20 kilometer dikejar, kenderaan itu didakwa melanggar 12 kenderaan lain.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, sebanyak 12 laporan polis diterima daripada individu yang mendakwa kenderaan mereka mengalami kerosakan akibat dilanggar suspek.

Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 43 saat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img