Muhammad Adam dilaporkan hilang sejak Ahad lalu

POLIS sedang mengesan seorang remaja lelaki, Muhammad Adam Khairul Izwan yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu selepas kali terakhir dilihat di Kampung Tengah Batu 13, Puchong, Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berusia 15 tahun itu pada jam 9.04 pagi semalam.

“Remaja terbabit berketinggian 170 sentimeter dan berat 60 kilogram serta berkulit hitam manis dan berambut pendek.

“Dia dilihat kali terakhir berada di alamat Nombor 4 Lot 126, Jalan Kempas, Kampung Tengah Batu 13, Puchong kelmarin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azlan, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja berkenaan diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Norhapizah Zulkapli di talian 017-234 0141 bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img