Penunggang motosikal maut, dirempuh Proton X70 terbabas

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan 17/21, Petaling Jaya, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, mangsa lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton X70 dipandu lelaki tempatan berusia 70-an hilang kawalan.

“Kenderaan itu dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang ditunggang mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dan alkohol ke atas pemandu adalah negatif,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Sivam @ Siva A/L Muniandy di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img