‘’Selagi isu Yang Dipertuan Besar-Undang Luak belum selesai…status qou NS kekal’’ -Anthony Loke

WALAUPUN ketegangan politik di Negeri Sembilan agak reda apabila Majlis Perundingan Pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Selasa memutuskan BN akan terus menyokong Kerajan Perpaduan di ngerinya, bahang apa yang berlaku terus terasa.

Tindakan14 ADUN BN menegaskan, biarpun mereka menyokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan namun mereka tetap dengan pendirian menolak kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar dan  tidak akan kembali menyertai barisan Exco ternaya menimbulkan kemarahan kepada pemimpin dan penyokong PH.

Keadaan itu terbukti apabila laungan ‘Tolak UMNO’ bergema dalam Ceramah Pakatan Harapan di Paroi malam.

Bagaimanapun Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, berkata tindakan tidak patut didorong emosi, tetapi perlu berlandaskan pemahaman jelas terhadap realiti dalam krisis Negeri Sembilan.

“Ada lagi isu di kalangan Yang Dipertuan Besar dengan Datuk-Datuk Undang. Itu kita tak boleh campur.”

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, isu sedemikian perlu diselesaikan dalam institusi diraja itu sendiri. Sehingga itu, tiada keputusan besar dapat dicapai, katanya.

“Pertamanya, tak boleh lantik menteri besar baharu sebab tak boleh ada majlis angkat sumpah. Kedua, tak boleh lantik mana-mana exco baharu. Malah, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tak dapat dilaksanakan.

“Oleh kerana itu, pentadbiran kita ini ‘status quo’, iaitu selagi isu ini belum selesai, tak timbul mana-mana pihak boleh mengambil alih sebagai menteri besar. Tok Min yang akan kekal menjadi menteri besar,” kata Loke yang juga Menteri Pengangkutan.

Tegasnya, beliau memahami kemarahan dan desakan untuk DUN dibubarkan segera, tetapi kerajaan akan terus mentadbir negara dan negeri dengan baik sebelum berdepan pihak pembangkang apabila tiba masa sesuai.

Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan tindakan menarik balik sokongan itu “amat dikesali”.

“Jika kepentingan rakyat diambil kira, perkara sebegini tidak akan berlaku,” katanya sambil menambah keyakinan perlu terus diberikan kepada kepimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pentadbiran Aminuddin.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img