Penipuan pelaburan RM300 juta: Pakar Pelaburan bergelar Tan Sri, dua pengarah didakwa esok

SEORANG pakar pelaburan terkenal bergelar Tan Sri antara dua pengarah syarikat yang dijangka didakwa di mahkamah esok.

Lelaki bergelar Tan Sri itu dan seorang lagi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur jam 8.30 pagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengesahkan menahan seorang lelaki bergelar Tan Sri bagi membantu siasatan kes menipu duit pelabur dipercayai melibatkan nilai lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, suspek berusia 60-an ditahan dan direman di Mahkamah Putrajaya.

Katanya, suspek ditahan selepas tiba di pejabat SPRM, manakala ahli lembaga pengarah syarikat itu turut ditahan.

“Kita mendapat maklumat Tan Sri berusia 60-an dan seorang wanita berusia 50-an yang memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebuah syarikat pelaburan terbabit dengan penipuan pelabur yang berskala besar.

“Ramai pelabur kehilangan ratusan juta ringgit dan kita anggarkan kerugian dialami pelabur lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img