Di mana Nur Diyana Alyaa?

POLIS meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun 9 bulan yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan remaja terbabit, Nur Diyana Alyaa Zainari dilaporkan hilang sejak 9 Mei lalu sebelum laporan polis dibuat ahli keluarganya di Pokok Sena semalam.

Menurut polis, remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 70 kilogram dan berkulit cerah.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju putih, seluar hitam dan bertudung.

“Remaja itu juga disyaki keluar menaiki sebuah Perodua Alza putih bernombor pendaftaran KDS 6082,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Hajjar Abd Gani di talian 04-7747222 sambungan 7184.

Maklumat juga boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Daerah di talian 04-7326999 bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img