Pesara guru lebur lebih RM36,000 terperdaya pelaburan ‘untung besar’

IMPIAN seorang pesara guru untuk meraih keuntungan lumayan bertukar mimpi ngeri apabila kerugian lebih RM36,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu di media sosial.

Mangsa lelaki berusia 68 tahun itu dipercayai tertarik dengan iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat sebelum membuat tujuh transaksi ke beberapa akaun berbeza.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 10.10 malam, 8 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa mendakwa mula membuat pembayaran antara 16 hingga 29 April lalu dengan jumlah keseluruhan kerugian mencecah RM36,765.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan kononnya bagi mendapatkan semula modal serta keuntungan yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap tawaran pelaburan mencurigakan terutama yang menjanjikan keuntungan luar biasa dalam masa singkat.

Katanya, orang ramai disaran menyemak terlebih dahulu latar belakang syarikat pelaburan dan memastikan ia berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau Bank Negara Malaysia (BNM).

“Sekiranya menerima tawaran meragukan atau menjadi mangsa penipuan, segera hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 untuk bantuan segera,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img