Sains, teknologi dan inovasi pemacu ekonomi hadapi cabaran global – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi penekanan bahawa sains, teknologi dan inovasi (STI) perlu dijadikan pemacu utama dalam penyelesaian ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, setiap perancangan dan pelaksanaan mesti digerakkan secara lebih strategik dan berkesan, agar Malaysia mampu mendepani cabaran kewangan serta ketidaktentuan rantaian ekonomi global, termasuk krisis tenaga susulan konflik di Asia Barat.

DATUK Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2026 di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Putrajaya hari ni. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Justeru, tumpuan penuh terus diberikan kepada usaha memperkasa ekosistem STI negara melalui pelaksanaan beberapa inisiatif berasaskan misi yang diyakini mampu mengoptimumkan sumber, merangsang pertumbuhan ekonomi mampan serta memacu pembangunan berteraskan inovasi dan teknologi bernilai tinggi.

“Pendekatan ini amat penting, khususnya dalam memperkukuh sinergi strategik antara Kerajaan MADANI, sektor swasta serta institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) demi memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemah kepada manfaat nyata buat rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu ditekankan beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2026, hari ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img