Lelaki maut tercampak dalam longkang selepas dirempuh kenderaan

SEORANG lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan sebelum tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter di Jalan Kapar Batu 5, Klang, awal pagi tadi.

Kejadian dimaklumkan pada pukul 3.23 pagi selepas pihak bomba menerima panggilan berhubung penemuan mangsa berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dikejarkan ke lokasi.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an berada dalam longkang selepas dirempuh sebuah kenderaan.

“Anggota bertugas mengangkat mangsa dengan menggunakan pengusung (stretcher) dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi dikawal pada jam 3.35 pagi sebelum tamat sepenuhnya kira-kira jam 4.35 pagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img