Ular sawa 55kg kekenyangan lepas baham kambing ditangkap APM

SEEKOR ular sawa batik sepanjang hampir lima meter yang dipercayai baru membaham seekor kambing ditangkap dalam kandang ternakan di sebuah resort di Jalan Wang Tepus, Cherok Langsat, Jitra petang semalam.

Reptilia seberat kira-kira 55 kilogram itu ditemukan dalam keadaan kekenyangan sebelum berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu dalam operasi lebih dua jam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Mohd Adenin Suhaimi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.04 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati ular sawa berada dalam kandang kambing dalam keadaan kekenyangan dipercayai selepas membaham seekor kambing.

“Operasi yang diketuai Syed Aswad Syed Syeh bersama tiga anggota lain berjaya menangkap reptilia itu menggunakan peralatan khas tanpa sebarang kecederaan kepada orang awam atau anggota bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.07 malam sebelum ular berkenaan dipindahkan dari kawasan resort untuk tindakan lanjut.

Dalam perkembangan sama, APM merekodkan sebanyak 305 kes tangkapan ular pelbagai spesies di daerah itu sejak Januari lalu membabitkan kawasan perumahan, kebun, resort dan premis awam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri atau cuba menangkap sendiri haiwan liar yang ditemui, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img