SPRM terima dokumen, rakaman video daripada Rafizi

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima beberapa dokumen serta rakaman video daripada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung siasatan yang ketika ini sedang dijalankan.

Menurut SPRM, dokumen dan rakaman video itu diperlukan berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion di antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Ahli Parlimen Pandan itu hadir bersama lima orang peguam kira-kira jam 10 pagi ini.

“Kehadiran Rafizi hari ini ke SPRM adalah untuk menyerahkan beberapa dokumen dalam bentuk cetakan serta rakaman video di dalam alat pemacu kilat USB (pendrive) yang dikatakan berkaitan dengan Syarikat ARM Limited UK.

“Serahan dokumen-dokumen tersebut adalah secara sukarela dan ia adalah untuk membantu siasatan yang dilakukan terhadap beliau (Rafizi),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Hafaz, SPRM turut mengambil keterangan tambahan daripada Rafizi dan proses tersebut selesai kira-kira jam 1.30 petang.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img