SekPur desak Rafizi tampil perjelas dakwaan dikait dengan dana asing

SEKRETARIAT Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) menggesa bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dalam video tular yang mengaitkan beliau dengan aliran dana asing.

Pengerusi Biro Politik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Shahbudin Embun berkata, dakwaan tersebut dianggap serius kerana melibatkan campur tangan pihak luar dalam kancah politik tempatan.

SHAHBUDIN Embun

Sehubungan itu beliau berkata, SekPur mahu polis menjalankan siasatan segera berdasarkan laporan yang telah dibuat bersama bukti-bukti yang dikemukakan.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kerana disyaki terdapat unsur pengkhianatan atau ancaman terhadap keselamatan negara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Tindakan pihak berkuasa adalah penting demi menjaga keselamatan dan kedaulatan Malaysia daripada campur tangan asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SekPur semalam membuat laporan polis berhubung video tular yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pandan itu dengan dakwaan pengaliran dana asing melebihi RM1.5 juta daripada organisasi luar negara menerusi sebuah proksi tempatan.

Menurutnya, nama Rafizi didakwa sebagai individu yang didakwa menggunakan dana berkenaan.

“Dana tersebut didakwa digunakan untuk menggerakkan naratif radikal di media sosial dan demonstrasi jalanan atas nama demokrasi serta hak asasi manusia. Tindakan itu dipercayai mempunyai agenda tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Shabudin yakin pihak berkuasa mempunyai maklumat berhubung dakwaan ini.

“Harap ada pendedahan dan tindakan segera dari pihak keselamatan. Jika terbukti benar, ia adalah ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara. Justeru, ia perlu ambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img