Video PM hadir Konvensyen PH raih 11 juta tontonan tanda pagar di platform X

TANDA pagar #Anwar berjaya meraih sejumlah 11 juta tontonan di platform X dalam sebuah hantaran video Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru hari ini.

Menurut satu hantaran di platform X, sejak akaun rasmi milik Perdana Menteri itu dibuka, ini merupakan kali pertama video hantaran meraih sejuta tontonan dan 11 juta tontonan tanda pagar (hashtag views).

VIDEO ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Johor Bahru hari ni meraih 11 juta hashtag views dan sejuta tontonan autentik di platform X

“Untuk makluman, berdasarkan pemerhatian kami terhadap lebih 9,000 hantaran yang telah diterbitkan menerusi akaun rasmi X milik Anwar Ibrahim sejak akaun itu diwujudkan, buat pertama kali selepas mendapat sokongan daripada pihak kami, sebuah hantaran berjaya meraih lebih satu juta tontonan autentik serta lebih 11 juta capaian tanda pagar (hashtag views).

“Sebelum ini, purata capaian bagi hantaran yang dimuat naik adalah sekitar 3,000 hingga 6,000 tontonan maksimum,” menurut X hari ini.

Berdasarkan hantaran dalam laman sosial Facebook pula, video yang sama setakat jam 10 malam ini turut meraih 31,800 tanda suka serta 2,000 komen.

Konvensyen PH 2026 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Bahru hari ini.

Video berdurasi 49 saat itu memaparkan ketibaan Perdana Menteri pada konvensyen tersebut di mana beliau berjalan kaki diiringi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim serta penyokong PH lain.

Perdana Menteri dalam video itu dilihat bersemangat berjalan menuju ke pintu utama pusat konvensyen dan pada masa yang sama sempat berbincang dengan Muhammad Kamil dan Adam Adli.

Sementara itu, menurut Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil, Konvensyen PH yang berlangsung hari ini dilihat menjadi pentas penting dalam menentukan hala tuju gabungan itu, termasuk persediaan menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka tahun ini.

Fahmi yang juga Pengarah Konvensyen PH 2026 menyifatkan konvensyen kali ini sebagai luar biasa.

Beliau berkata, program hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Setakat tengah hari, pendaftaran melebihi 5,000 orang, manakala jumlah kehadiran dianggarkan lebih 8,000 orang. Ada yang tidak mendaftar, ada juga yang berada di luar dewan, tetapi kehadiran amat menggalakkan dan luar biasa,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img