Suspek kurung dan liwat remaja sudah ditahan, direman hingga esok

POLIS mengesahkan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang remaja lelaki didakwa dikurung, didera dan dipercayai diliwat di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, Shah Alam direman sehingga 19 Mei ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu diberkas di bilik sewanya di Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu selepas polis melancarkan operasi mengesannya susulan kejadian berkenaan yang menggemparkan penduduk setempat.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemungut hutang kini masih ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Suspek ditangkap di sekitar Kuala Lumpur dan siasatan masih dijalankan sama ada syarikat pemungut hutang tempat dia bekerja itu berdaftar atau sebaliknya.

“Kita beri ruang kepada pegawai penyiasat melengkapkan siasatan dan setakat ini perkembangan siasatan adalah positif,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Menurut beliau, siasatan turut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada bilik sewa didiami suspek itu digunakan secara tetap atau baru disewa selepas dia berpindah dari lokasi kejadian di Selangor.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan pengangkutan awam sepanjang melarikan diri dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit negatif dadah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai dikurung, diikat kaki serta tangan sebelum didera dan diliwat di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning pada 12 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Embol sebelum ini dilaporkan berkata, suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan pakej internet telefon bimbit sebelum mengajak remaja itu ke rumahnya di Seksyen 32, Shah Alam.

Mangsa bagaimanapun berjaya membuka ikatan sebelum menjerit meminta bantuan jiran melalui tingkap bilik dan diselamatkan orang awam yang kemudian menghubungi polis.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img