SEMUA aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk rakyat Malaysia akan dibebaskan Israel dari Penjara Ketziot.
Menurut agensi berita Anadolu, kumpulan hak asasi manusia, Adalah, memaklumkan perkembangan terbaharu itu selepas mendapat pengesahan rasmi daripada Perkhidmatan Penjara Israel, lapor Buletin TV3.

Pasukan guaman Adalah kini memantau secara aktif proses pemindahan itu bagi memastikan semua aktivis dihantar pulang dengan selamat.
Sementara itu, Turkiye menerusi Menteri Luar, Hakan Fidan berkata, Ankara sedang berusaha membawa pulang rakyatnya serta aktivis lain melalui penerbangan khas.


