‘’Untuk kongsi pandangan saya mengenai Rukun Negara’’ – Tony Pua

BEKAS Ahli Parlimen Damansara Tony Pua mengesahkan kepada polis  bahawa beliau sendiri menulis hantaran dalam Facebook mengenai Rukun Negara dan sistem Raja Berperlembagaan.

Beliau yang memberi kenyataan kepada polis selama 40 minit di Ibupejabat Polis Petaling jaya berkata, turut memberitahu hantaran itu dilakukan tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

‘’ Apabila ditanya mengenai niat hantaran berkenaan, saya menjawab ia adalah untuk berkongsi pandangan saya mengenai Rukun Negara. Apabila ditanya mengenai maksud hantaran itu pula, saya jawab ia adalah seperti apa yang ditulis,” katanya dalam catatan di Facebook.

Dalam hantaran yang menyaksikan 80 laporan plis dibuat ke atas beliau, Pua berkata kuasa Raja adalah terhad kepada aspek tertentu yang telah ditetapkan seperti adat resam Melayu, agama Islam, dan peranan Perlembagaan seperti pelantikan menteri besar, serta persetujuan untuk pembubaran DUN.

Beliau juga menyatakan, rakyat Malaysia tidak ‘hidup dalam sistem di mana Raja boleh mengeluarkan titah perintah mengikat bagi semua aspek kehidupan kita’.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img