Rakyat miskin tanpa mengira kaum perlu dibantu bersama – PM

KERAJAAN memberi jaminan bantuan kepada golongan Bumiputera akan terus diperkasakan, dan pada masa yang sama nasib semua rakyat miskin tanpa mengira kaum juga perlu dibela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua rakyat yang susah, miskin dan memerlukan bantuan perlu dibantu bersama sebagai satu keluarga besar Malaysia.

“Saya juga anak Bumiputera dan saya menyokong program untuk membantu Bumiputera.

“Tapi tak bolehkah dalam negara ini, sementara kita mahu membantu anak Melayu dan Bumiputera, kita juga fikir semua anak kita yang susah, miskin dan memerlukan bantuan untuk dibantu bersama sebagai satu keluarga besar Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Wacana Harmoni MADANI sempena Sambutan Hari Wesak di Menara KEN TTDI di Petaling Jaya hari ini. Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Perdana Menteri dalam pada itu berkata, Malaysia MADANI dibina berasaskan nilai kemanusiaan, moral dan etika yang berpaksikan ajaran agama serta saling menghormati masyarakat majmuk.

Menurut beliau, negara memilih untuk tampil unik di persada global dengan meletakkan aspek nilai, etika dan moral sebagai teras pembangunan negara di sebalik keghairahan mengejar kemajuan teknologi moden.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img