Jangan biar kelompok kecil rosakkan perpaduan, masa depan negara – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak membiarkan kelompok kecil yang gemar memainkan sentimen perkauman serta menyebarkan fitnah merosakkan masa depan Malaysia yang dibina atas semangat perpaduan dan saling menghormati.

Perdana Menteri berkata, budaya wacana dan dialog antara agama perlu terus disuburkan, bukannya mencari isu setiap hari untuk meniup kebencian, menakut-nakutkan rakyat serta memecahkan masyarakat demi kepentingan politik sempit.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Sudah sampai ketikanya rakyat yang sederhana dan cintakan keamanan bersuara mempertahankan perpaduan negara.

“Jangan kita biarkan tyranny of the minority atau kelompok kecil yang gemar memainkan sentimen perkauman dan fitnah merosakkan masa depan Malaysia yang dibina atas semangat saling menghormati dan hidup bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata demikian selepas menghadiri Wacana Harmoni MADANI sempena sambutan Hari Wesak di Petaling Jaya hari ini yang mengangkat kepentingan persefahaman, nilai kemanusiaan serta keharmonian antara masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini.

Anwar berkata, negara ini sejak awal di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dibina atas semangat ‘Bersekutu Bertambah Mutu’.

Menurut beliau, kepelbagaian dan perbezaan bukan perkara baharu, sebaliknya menjadi asas pembentukan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan.

Katanya, Islam ditetapkan sebagai agama Persekutuan dan masyarakat Melayu serta bumiputera sebagai majoriti, namun negara ini turut dibangunkan dengan sikap saling menghormati kepelbagaian kaum serta agama.

Beliau turut menegaskan bahawa gagasan Malaysia MADANI kembali memperkukuh nilai ihsan, adab dan kemanusiaan sebagai teras pembinaan negara.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img