Pemandu Hilux larikan diri selepas rempuh warga emas hingga maut

POLIS sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan maut melibatkan seorang pejalan kaki warga emas di Jalan Sepanggar berhampiran Kampung Sepakat Jaya, di Kota Kinabalu petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu, mangsa seorang lelaki berusia 69 tahun dikatakan sedang melintas jalan untuk menuju ke kawasan Indah Permai sebelum dirempuh kenderaan terbabit yang berwarna hitam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan sedang bergerak di lorong kiri jalan ketika kejadian berlaku.

“Berikutan rempuhan itu, mangsa tercampak ke bahu jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Likas pada jam 4.56 petang.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan terbabit telah melarikan diri sebaik sahaja kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Syed Lot, mayat warga emas itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Brymenderen Godon di talian 010-776 8802 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img