Pemangku Sultan Johor, isteri meriahkan majlis resepsi Arif Aiman dan Nurul Aliah Natasha

MAJLIS resepsi raja sehari penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pasangan, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri di Puteri Harbour di Iskandar Puteri malam ini berlangsung meriah.

Majlis persandingan itu turut diserikan dengan kehadiran Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama isteri, Che’ Puan Mahkota Khaleeda.

GAMBAR: Facebook HRH Crown Prince of Johor

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT turut berkongsi di laman rasmi Facebooknya beberapa keping gambar sepanjang majlis meraikan kedua-dua mempelai yang segak dan cantik mengenakan busana tradisional Melayu berwarna biru.

Majlis persandingan itu difahamkan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Arif Aiman dan pasangan sah bergelar suami isteri selepas majlis akad nikah yang diadakan di sebuah lokasi di Johor Bahru pada sebelah pagi.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada penyokong Harimau Selatan serta peminat bola sepak tempatan yang mendoakan kebahagiaan pasangan terbabit.

Sebelum ini, kad undangan pernikahan pemain kebangsaan berusia 24 tahun itu yang tersebar dalam media sosial sudah lebih awal mencetuskan keterujaan peminat sehingga menjadi antara topik hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Arif Aiman yang merupakan antara tonggak utama skuad Harimau Malaya dan JDT terus menerima limpahan ucapan tahniah daripada peminat yang gembira melihat bintang muda itu memulakan episod baharu dalam kehidupannya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img