Lebih 10,000 jemaah solat Aidiladha bersama PM di Masjid Putra

DATUK Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya.

Perdana Menteri yang tiba bersama dengan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada jam 7.56 pagi, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee sebelum memasuki dewan utama masjid.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama-sama lebih 10,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Dr Muhammad Zakuwa Rodzali.

Sejak jam 6.45 pagi, perkarangan masjid dipenuhi orang ramai termasuk pelancong asing yang ingin menyaksikan suasana solat sunat Aidiladha.

Khutbah Aidiladha bertajuk `Pengorbanan Menuntut Keikhlasan’ menekankan bahawa ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan, tetapi lambang ketaatan penuh kepada Allah seperti ditunjukkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Khutbah turut menyeru umat Islam memperkukuh ketakwaan, mengutamakan perintah Allah, menggalakkan kebajikan melalui agihan daging korban serta menekankan pengorbanan dalam kehidupan seharian seperti menjaga keluarga, mencari rezeki halal, menuntut ilmu dan mempertahankan perpaduan.

Sebelum beredar, Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img