Wanita maut, 5 lagi cedera kemalangan pagi raya

SEORANG wanita maut manakala lima lagi cedera termasuk dua kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dan kereta Perodua Bezza berhampiran stesen minyak Caltex Laloh di Kuala Krai pagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha.

Dalam kejadian itu, mangsa, Safinaz Razmi, 52, yang menaiki Perodua Bezza disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 7.18 pagi sebelum tujuh anggota dari BBP Kuala Krai bergegas ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah Toyota Alphard membawa enam penumpang di mana dua kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan manakala Perodua Bezza pula dinaiki empat penumpang dan seorang wanita disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera,” katanya ketika dihubungi media.

Menurut Nik Ahmad Afsham, pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img