Pemandu treler maut dalam kemalangan empat kenderaan di Kulai

SEORANG  pemandu treler maut selepas terlibat dalam kemalangan empat kenderaan berhampiran simpang Felda Taib Andak di Kulai hari ini.

Lelaki berusia 50 tahun itu yang memandu lori treler jenis Volvo disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Azizan Azis berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.47 petang sebelum sebuah jentera bersama empat anggota digerakkan ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati kemalangan melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah lori RORO, lori treler Volvo, Perodua Axia dan Toyota Yaris.

“Pemandu lori RORO lelaki berusia 46 tahun dan pemandu Perodua Axia berusia 26 tahun didapati selamat, manakala pemandu Toyota Yaris lelaki berusia 59 tahun mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pihak bomba bertindak mengangkat mangsa dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Kerja pembersihan kawasan turut dilakukan bagi memastikan keadaan selamat. Operasi dikawal pada jam 6.55 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 7.10 malam,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img