Pelaburan tidak wujud: Lelaki rugi lebih RM500,000

SEORANG lelaki mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM511,406 selepas terjerat dengan skim pelaburan tidak akibat ingin meraih keuntungan lumayan melalui pelaburan dalam talian yang disertainya sejak Mac lalu.

Mangsa yang berusia awal 50-an tampil membuat laporan polis semalam selepas menyedari menjadi mangsa sindiket tersebut.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki itu mulanya menerima mesej WhatsApp daripada nombor telefon tidak dikenali pada 18 Mac sebelum diperkenalkan kepada satu skim pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Menurutnya, mangsa kemudian melayari pautan yang diberikan suspek dan diarah membuat beberapa pembayaran ke akaun bank yang ditetapkan bagi tujuan pelaburan berkenaan dengan 25 transaksi ke pelbagai akaun dibuat mangsa dalam tempoh 1 April hingga 24 Mei lalu.

“Mangsa membuat 25 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM511,406. Bagaimanapun, selepas wang dipindahkan, suspek terus meminta bayaran tambahan dengan alasan kononnya diperlukan bagi membolehkan mangsa menerima keuntungan pelaburan yang dijanjikan,” katanya hari ini.

Mohd Farhan berkata, mangsa tidak pernah menerima sebarang keuntungan atau pulangan seperti yang dijanjikan akhirnya menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan iklan pelaburan menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat dan digalakkan membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa berkaitan serta menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan siber.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img