Sarjan maut dirempuh treler muatan baja

SEORANG anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 85.3 laluan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu berhampiran Kampung Tawai, pukul 1.50 awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, mangsa Sarjan Mohd Fahmi Arzmi, 42, yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati sebuah treler membawa muatan baja dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan sebuah lagi treler yang membawa muatan kayu balak.

“Treler baja itu kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung Toyota Vios yang sedang bergerak di belakang treler kayu balak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini dan menambah mangsa dalam perjalanan dari Gerik menghala ke Kuala Kangsar.

Beliau berkata, pemandu treler baja cedera di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut, manakala lelaki berusia 59 tahun yang memandu treler kayu balak pula dilaporkan tiada mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img